Blog Widget by LinkWithin

Ah lan wasahlan.....

Google

Monday 13 July 2009

Tauhu & Tempe.... jaworld ???




Ah lan Wasahlan..

Kisah tauhu & tempe..
bahan utama adalah sama..
apabila diproses telah bertukar nama dan rupa...
(semua orang dah tahu..saja nak jadikan cerita)
Di Qatar , memang sukar untuk dapatkan bekalan semua ni..
kebetulan kawanku...ct ada beritahu yang jirannya (orang indonesia) ada buat & jual..jadi aku ni.....dah lame tak makan..teringin pula.....
kes ni terjadi apabila aku menonton NONA episod 78 5 julai 2009
dlm segmen ~Air tangan selebriti ~ Pn Rubiah suparman....huhuhuhu..
terliur tengok tempe dengan tauhu tu....
tauhu dah selamat digunakan.. tinggal sebahagian lagi...
tempe pula mungkin goreng garam kunyit @ goreng tepung pastu makan dengan sambal kicap...yumyumyummy ....



Inilah rupa tauhu & tempe Qatar
mahal betul rasa (kat malaysia juga murah)
nak makan punya pasal..tak kisahlah..nak buat sendiri memang tak reti..
harga :~ Tauhu Qr 20 adalah dlm 16 ketul
Tempe Qr 16 2 plastik besar tu...
( mahal gilakan..kan..kan...?? )




Bila dah ada depan mata.... tak tahu pula nak masak apa...
setelah cari resipi kat internet ni..rase macam sedap je menu kt bawah,
jadi inilah juadah untuk aku berbuka...
merangkap makan malam seisi rumah hari ini...


BIHUN SINGAPURA VERSI B.B.C




Bahan-Bahan:
bihun rendamkan lembut dan toskan
udang
tauhu *digoreng dahulu-potong kecil
kobis *racik halus
carrot & cauliflower
minyak untuk menumis
cili merah , garam secukup rasa
air* agak-agak ya


bahan tumbuk (yus mayang sebab tak ada lesung batu )
Lada hitam - mesin halus
Beberapa ulas bawang merah / besar
Beberapa ulas bawang putih


bahan hiasan
Hirisan telur dadar


cara -cara
~ Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
~ Masukan udang ,carrot , cauliflower dan kacau
~ Bila nampak masak masukkan kobis , garam dan air. Kacau.
~ Masukkan bihun. Kacau sehingga sebati dan rata.
~ Gaulkan rata sehingga bihun lembut,masukkan tauhu dan cili merah.
~ Bila menghidang letakkan hirisan telur dadar.



sambal kicap
~Kicap manis
~Gula & garam
~Bawang merah
~Bawang putih
~Halia
~Cili padi


Masukkan semua bahan diatas dalam blander
pastu blend sampai hancur... siap....

(anggarkan bahan-bahan secukupnya..)


*menu asal dari chef hanieliza , dan aku olah mengikut bahan
yang ada dalam fridge...
baru pertama kali buat masakkan ini...
hihihi..hubby kata ok je...sebab terlebih lada hitam (pedas oooo)
+ hubby tak suka tauhu *




2 comments:

Ija1202 said...

sedapnya..kerepek tempe pun sedap :)

yus said...

mmmmm ye ke ija??... xpernah mknlah..huhuhuhu :)