Blog Widget by LinkWithin

Ah lan wasahlan.....

Google

Monday 27 October 2008

RUMAH TERBUKA….24.10.2008 @ AL-KHOR,QATAR….

SALAM….

SYUKUR ….ALHAMDULILLAH….JADI JUGAK UMAH TERBUKA AKU….RANCANG DAH LAME,BRU NI ADA MASA,AL MAKLUMLAH HUBBYKU N GENG BZ MEMANJANG,ARI JUMAAT PN OVERTIME…MASE NILAH AKU BLEH KENAL NGAN ORG2 MESIA YG DUK KT QATAR NI…KWN2 TENET K.JUELAH YG RAMAI SBB K.JUE NI PERAMAH,CM AKU NI PEMALU SKIT!!!!….ARI RABU LG KITEORG DAH STAT ,MEMULE WAT KUE2 PASTU MLM JUMAAT PLOK WAT RENDANG…SO TIBELAH ARI YG DNANTI…MAJLIS KITEORG START PAS MAGRIB,NAK WAT PAS JUMAAT XLEH SBB HUBBY N GENG KEJE…PAS SIAPKAN SEME2….TETAMU YG FIRST SAMPAI ADALAH FAMILI TIE,BGUSLAH TIE TU SAMPAI AWAL…PASTU EN.HARITH N FAMILI PASTU FAMILI2 YG LAIN…FAMILI AMIR,SHAH,MAJID, KAK MAS RAMAI JGKLAH… PASTU SESI MKN2 N KENAL2 CITER PYE CITER JAP JE RASE,…..DORANG PN BERANSUR PULANG…NAK DJDKAN CITER,HUBBYKU SEMPAT SALAM NGAN MAJID DAN BERTANYE TTG ASAL USULNYE….RUPE2NYE,SI MAJID TU SEKAMPONG NGAN HUBBYKU!!! BRU NI PN MAK MERTUAKU ADA CITER TTG DIE…XSANGKA PLAK UMAH TERBUKA KITEORG NI TELAH MENEMUKAN HUBBYKU NGAN MAJID…. KOL 9.30 SETEL SEME…PASTU SESI KEMAS MEGEMAS PLOK….PENAT??? XRASE SGTLAH HEHEHEHEHE….MYB NI YG FIRST OR LAST UMAH TERBUKE AKU KT QATAR,SBB HUBBYKU XPASTI NAK KEJE KT SINI LG X THN DPN!!!HUHUHUHUHU….KLAH,KORANG LAYAN JE PIC KT BWH NI…TU JE YG ADO!!! TATA…..



Thursday 23 October 2008

Sesuatu utk kiter pikir2kan..... ada kebenaran nyer.

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. ..
Worth reading.....
Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam. Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?" Dan secara amnya, kita akan menjawab...
"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"
jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawaban ... "dia tengah sembah tuhan dia" kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH,
kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.
Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"

Sekiranya jawaban ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru
dengan konsep dan prinsip syahadah kita
"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah" Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka. Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan" .
Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH..
Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri ,sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik.....

Jika sekiranya ingin mengumpul saham akhirat,
sampaikanlah ilmu ini kepada yang lain..
Sepertimana sabda Rasulullah SAW

Saturday 11 October 2008

Raya...raya...raya...(10 October 2008 @ 11 syawal 1429)

Kunjungan Balas ke Rumah Mr. Harith family.

Alhamdulillah dgn izin-NYA,kitaorg dah g umah Mr. Harith yg bertandang minggu lepas,jauh gak rumah dorang dlm 60 minit perjalanan…kitaorg gerak dari rumah al-khor nih kol 6ptg. Boleh tahan jugaklah jauh…ditambah lagi dengan traffic jam kat area bandar Doha…lokasi rumah yang dituju terletak di “martakadeem” (kawasan airport lama)...nasib baik driver husband aku yang ada van sudi nak bawak pergi ke tempat yang dituju..kira bertuah jugaklah…kalau tak...maybe tak sampai kot rumah Mr. Harith nih… so seisi rumah aku nih dapat pergi…

Mr.Harith nih duk kat Apartment…,cantik n besar jgk umahnye….aku suka umah cm tu….kalu dpt mmg xmo pindah mane2 dah,nice n simple….susun atur perabot n sbgainye…..Ble masuk je ke ruang tamu,aku tgk kt ats meja dah penuh dgn juadah,rase sshkan tuan umah je,yumyum….juadah yg tuan umah sediakan utk kitaorg mlm tu nc putih,asam pedas,ayam grg,sayur campur,udg masak ape aku xtau tp mmg best….sambal belacan pn ada tu ler yg paling best sgt,sbb aku ni hantu pedas….huhuhuhuhu…hubby aku ngan member dia aku tengok boleh tahan jugak makan…2,3 kali tambah aku nampak…hahahaha,......syg rase sbb aku xdpt nak snap juadah tu…yelah,kt umah org malulah…….hehehehehehehe.

Perut pn dah kenyang....hubby aku ngan member dia sambung borak2 ngan Mr Harith sambil minum kopi india,kaw pye pekat…tak tahulah aku diaorang borak pasal apa…pasal kerja kot..aku, kak jue,kak Laila and Hanan pulak duk belek gambar kat laptop..aku sempatlah jugak promote blog aku yang ntah apa2 nih kat kak laila ngan hanan….Akil n azuan pulak akhirya merasa jgk main bunga api ngan man anak bongsu kak laila… kebetulan anak kak laila tu ada bunga api…kitaorang gerak balik kol 9 mlm…2 jam jugaklah aku beraya kat rumah tu…sebelum balik sempat jugak kitaorg snap beberape pic…utk kenagan2 beraya di Doha nih…xsempat nak singgah kt mane2 sebab dah lewat…besok hero aku kena kerja…so x leh lah gi merayap tempat lain…huhuhuhuhuhuhu……




Saturday 4 October 2008

RAYA DI QATAR (30 September 2008 @ 1 Syawal 1429H)

PAGI RAYA YG SADIS!!!!!.........

Tahun nih, hari raya yang pertama bagi aku beraya bersama suamiku…ntahlah,aku tak boleh menyatakan perasaanku…..begitu subjektif sekali…seronok beraya ngan suami tapi dalam masa yang sama sedih bila tengok kat webcam semua ahli keluargaku berkumpul kat JB….sayangnya hanya aku ngan suamiku jer yang tak der…kalau tak,mmg cukup lengkaplah ahli keluarga ku hari tu…yang paling tak tahan bila tengok dorang bergambar ramai2….pehh….syahdu rasa hatiku nih…aku cerita perasaanku pada suamiku…suamiku macam biasalah,dengan muka tenang….sabarlah yer ucapnya padaku...Tahun depan InsyaAllah…kita balik raya kat Malaysia…

Tahun nih kat Qatar puasa hanya 29 hari jer…bila dah kerajaan Arab Saudi cakap raya, so Qatar pun join sekali…pagi raya aku call mak mentua ngan family aku…sajer nak inform dorang yang aku dah beraya hari nih…tapi aku simpan perasaan nak mintak maaf dan beraya ngan family…sebab doarang masih lagi berpuasa…tahun nih aku adalah buat skit kueh, masak lemang segera, rendang, ketupat & macam2 lagilah dengan housemateku “kak jue”…kira malam raya aku tidur 2 jam jer…suamiku ngan member dia pulak keluar…cari bahan utk masak2……

Juadah di pagi raya

PAGI RAYA…..

Pagi raya aku ngan suamiku serta ahli rumah bersiap nak pergi sembahyang raya…kata suamiku..tahun lepas dia dah terlepas nak sembahyang raya…tahun nih sempatlah…kol 5 masing2 dah siap,tgu driver je….driver spai jam5.30pg…sempat jugak aku snap gambar ngan suamiku yang menjadi lelaki melayu terakhir hari tu….siap bersamping lagi…tu pun sebab aku yang paksa dia pakai..kalau ikut suamiku,….hmpppp…dia kata malu nak pakai…nanti semua orang pandang…macam makluk asing pulak……hahahahaah….aku…dengan sikap keras kepala..terus paksa…akhirnya…dia turutkan jugak…agaknya tak tahan ngan pujukan aku kot…hehehehe….member suamiku…abg usop,anak2 n atan mengayakan jubah arab hari tu,….aku rasa tu yang suamiku malu tu….dah dia sorang pakai baju melayu…orang lain pulak pakai jubah mmglah dia segankan!!!!!…huhuhuhuhuhu…

bersama Housmate

gambar di pagi raya

DRIVER DATANG…….

Driver suamiku datang dalam kol 5.30pg,…so kitaorang gerak naik van hari tu…kalau naik kereta mmg tak muat…so suruh dia bawak van…on the way gi tempat sembahyang…aku sempat shot video untuk dikongsikan bersama…kalau sudi…bleh layan video kat bawah…Nama tempat aku duduk nih..AL-KHOR…dorang sembahyang raya kat tempat special…tak sembahyang kat masjid…kawasan khas tu, kawasan luas dan berpagar..(compound)…nak jadikan cerita…sampai jer tempat orang sembahyang…tengok2 iman dah baca khutbah…kalau sembahyang jumaat sempat lagilah kalau iman baca khutbah…nih sembahyang raya…kalau iman dah baca khutbah..maknanye sembahyang raya dah selesailah ekkk….so dengan kata mudah…walaupun keluar awal…still tak sempat sembahyang raya…bagi suamiku…dah 2 kali dah terlepas solat sunat hari raya…so apa lagi…kitaorang balik n tidur…penat berjaga semalam x habis…sebelum tidur tu…sempat lagi aku beraya ngan semua housemate aku…huhuhuhuh….

Video perjalanan utuk pergi sembahyang raya

PETANG RAYA….

Dek kerana terlalu boring tak der activity hari raya nih…housmate aku.."kak jue" suggest keluar gi shopping complex “Villagio”. Kitaorang pergi dengan dua kereta..aku tak beli apa pun…sebab sebelum raya dah banyak shopping…so hari nih window shopping jerlah…suami aku pulak dari hari tu lagi mengidam nak beli cermin mata….tapi malu2 nak beli…bila member dia nak beli,….barulah dia rasa nak beli…tengok2 dia jer yang beli…member dia pulak x beli sebab cermin mata tu x der stok…aku sempat sambar selendang pashmir…sajer jer..buat kenang-kenangan…hehehehe….

at villagio Shopping complex


HARI RAYA KE-2.….

Hari raya kedua…activity aku kat depan laptop jer…siap pakai baju raya lagi…sbb nak sama2 mood beraya ngan orang malaysia….berjam2 jugaklah aku kat depan laptop…sajer tengok activity dorang…adik aku sajer x tutup web cam… so aku boleh nampaklah dorang buat apa hari tu.....nasib baik ada internet....so kehadiran aku kat umah tu hanya dalam computer…aku sempatlah mohon maaf ngan ayanda dan bonda…menitis jugaklah air mata nih…puas aku tahan…dalam diam kuar jugak air mata…sadis betul aku rasa….

Gambar family kat JB

HARI RAYA KE-3….

Hari nih ada tetamu nak datang… at least ada jugak orang nak datang beraya…tetamu tu adalah En.Harith and family…dia nih kira orang berpangkatlah kat company suami aku kerja…lead engineerlah katakan dan dia jugaklah yang bawak suami aku and the gang join company dia….aku ngan kak jue masak ala kadar jerlah…menu..nasi ayam,,ketupat, rendang, kek….malam tu…nasi ayam paling laris…habis licin…nasi ayam perak katakan hasil air tangan kak jue…aku tukang buat sambal n desert jer…hehehehe,…sebelum dorang balik…sempatlah snap gambar ramai2 buat kenangan…maybe minggu depan kitaorang akan buat lawatan balas…InsyaAllah….

Juadah hari raya ke-3

Kenangan with En Harith Family