Blog Widget by LinkWithin

Ah lan wasahlan.....

Google

Friday, 12 December 2008

Cuti-cuti Di Qatar (8-12-2008)

ENJOY SAKAN !!!!

Hari ni bersempena dengan Hari Raya Aidiladha & Anniversary perkahwinanku "genap setahun" jadual aktivitiku agak padat. Maklum jerlah, hari ni jer hubbyku cuti, hari lain kerja. Aktiviti pertama adalah sembahyang raya di Malaysia Embassy. So kali confirm tak terlepas sembahyang raya sebab kat Malaysia Embassy start kol 8.30 pagi. Tp kat Al-Khor, lepas jer naik matahari 6.00 pagi, terus dorang sembahyang raya. Boleh tahan ramai jugaklah orang malaysia yang hadir kat embassy.








Habis jer sembahyang raya, kami terus gerak ke rumah Puan Hasmawati dan En. Yusfarizal (kami panggil t & yus jer..) untuk beraya dan menukar pakaian, kami di jamu dengan nasi minyak terengganu (special dari T ), kata T, first time dia buat dan hubbyku cakap macam nasi yang jual kat kedai makan...Pastu mcm kt terengganu jer rasa,aku mmg x pdai lagi wat nasi tu...hehehehe bkn ape..xsempat blajo lagi :)


Kami bergerak ke pantai Al-Wakra, kata orang..tempat tu elok untuk melayan perasaan hahahaa.... Pantainya cantik dan berbatu...air pun sungguh jernih. Kami kat pantai Wakra ni selama 1/2 jam je......






Selepas lepak2 selama 1/2 jam kat wakra beach, kami bergerak ke Mesaieed Sealine Beach. Jarak Mesaieed dari Wakra tak berapa jauh, cuma 30km jer. Sampai jer kat Sealine beach, kami terus ke tempat orang menunggang unta, aku dalam takut2 cubalah jugak naik unta... Nasib baik boleh naik ngan hubby, kalu sorang tak berani aku nak tunggang. Apa2 pun best oooo naik unta ni...satu jer yang menyeramkan aku masa nak turun dari unta, cara dia nak duduk, aku rasa mcm nak terhumban ke depan, maklumlah tinggi , anyway...aku rasa best sangat naik unta nih....hehehehe..






Kat Sealine beach ni sangat sangat sesuai kalau nak berkelah dan mandi2. Kami tak mandi, sebab xda tempat nak bilas. Kat pantai ni jugak ada bukit pasir, tinggilah jugak bukit ni, mengah aku rasa bila panjat..... Dari atas bukit,boleh tengok pemandangan sekitar Sealine beach sungguh menarik.....nice trip :).






Selepas puas melayan pemandangan kat Sealine beach ni, Kami turun n mkn dlu bekalan yg dibawa...pastu kami bergerak ke kawasan exstreme game....hehehe..tungang ATV (motor roda 4). kat sini banyak bukit pasir....So hubby and the geng tak lepaskan peluang main motor ni...mula2 sangkut jugak masa naik bukit,, maklumlah dah lame x bwk motor......bila dah cekap...semua bukit kami redah...aku pun cuba2 jugak bawak...jadi minah rempit kejap...tapi bawak kat tanah rata jerlah..tak derlah nak naik bukit, takut......






Selepas penat merempit, kami pilih untuk pergi ke Villagio Mall. Sajer jer jalan2 kat shopping complex.....cuci mata.. Kat Villagio nilah kami cuba2 rasa masakan ala monggolia...hubby dah berniat nak belanja makan sempena Anniversary perkahwinan kami yang pertama :) best jugak tgk cara dorang masak,semua bahan kita pilih sendiri dan lepas tu bagi kat tukang masak untuk dimasak...so semua orang dapat makan atas citarasa masing2 dan fresh........sedappppp....




Kami sampai kat rumah sekitar kol 10 malam...peh.....penat sungguh rasa...sehari berjalan...anyway..nilah pertama kali aku jalan2 kat Qatar...sebelum ni hanya kat Doha jer...thanks to hubby......



p/s: nanti bleh bwk g tpt lain plak yer.....heheheee

3 comments:

mummysya said...

salam...

Best tak naik unta tu... Thanks coz sudi baca blog kita ya...

Cikgu Maarof said...

Apasal baju raya taqeem sama je hehehe...baguih laa dapat jalan2 no..tak la boring sgt heheh...teruskan usaha..tapi kalau jalan-jalan bawak anak lagi best so...teruskan buat anak..yusfa apasal rasa mcm kembang je dalam gambo photo impose ye....hehhehehe (jangan marah)

Cikgu Maarof said...

Rasanya style ceritakan percutian ni macam sedut je...heheh sorry la kalau silap....susunan cerita dengan gambar tu le hehehe...