Blog Widget by LinkWithin

Ah lan wasahlan.....

Google

Sunday 17 January 2010

aFtEr 3 MoNtH i`M BaCk.... To DOhA...






Setelah lama tak update... tibalah masa untuk aku kembali aktif..(cecece...aktif ke??)
sepanjang berada di Malaysia.. banyak aktiviti & cerita yang ada..
cuma masa tak mengizinkan untuk aku berblog...
dah 12 hari aku berada di tanah arab yang kering dan gersang ini..
sekarang musim sejuk ya kawan~kawan...best tau...
duduk dalam rumah pun kena pakai baju tebal...


bermulalah kisahku...pada 6 januari 2010...( cerita dah basi...)
berpisah semula dengan keluarga tersayang setelah 3 bulan bersama mereka..
kini terbang pulang ke pangkuan hubby tercinta!!
dari Johor Bahru naik flight ke Kuala Lumpur...

bersama adik lelaki ku.. (thanks to lang peneman setia... )
sampai lcct terus tunggu bas ke KLIA....
(panas jangan cakaplah.. sampai pening kepala)




aku kembali ke sini bersama teman serumahku yang baru..
iaitu nina.. (pengantin baru tu...)...

setelah beberapa jam menunggu nina & atan pun sampai..
kami check~in bersama~sama.. pada jam 6.30 ++ petang..
banyak juga beg yang kami bawa.. limit seorang 25kg...

aku bawa 3 buah beg seorang..(banyak betul barang!!)
atan & nina bawa 3 beg juga...
itu tidak termasuk beg sandang , masing~masing bawa 1..
total berat beg kami adalah
83kg bersamaan 4 buah beg besar
yang mengandungi pakaian dan stok~stok makanan.. hihihihi..
terima kasih pada abang yang baik hati...





flight kami ke Doha jam 8.35 malam.. macam biasalah..
naik aerotrain ke balai berlepas...





~~housemate yang baru~~

duduklah kami dalam flight tu.. selama 8 jam.. naik kebas punggung... uhuhhu..
layan cerita dan terus tidur..
kali ni mood berbeza sikit.. tak banyak gambar yang aku ambil...

hari ke 2 aku disini.. kami berempat ke city center..
makan & jalan~jalan cuci mata disana..
kebetulan sale banyak gila.... tak puas pusing...
dapatlah juga aku rembat sepasang baju & nina sepasang kasut..
hihihiihihi..




eh, anak siapa yang aku pegang tu??
masa kami nak makan kat foodcourt.... ada orang egypt , dorang nak makan tapi tak ada baby chair..kesian aku tengok...so aku offerlah tolong pegang baby dia..
bestlah..
baby ni tak menangis pun...
namanya jasmin...lama jugalah aku & nina pegang...

ayah jasmin ni peramah... bercakap je.. tanya itu ini..
dia kata dia suka negara kita Malaysia..

mak dia banyak senyum dari bercakap..



oklah sampai jumpa lagi.....assalamualaikum....



No comments: