Blog Widget by LinkWithin

Ah lan wasahlan.....

Google

Saturday 4 October 2008

RAYA DI QATAR (30 September 2008 @ 1 Syawal 1429H)

PAGI RAYA YG SADIS!!!!!.........

Tahun nih, hari raya yang pertama bagi aku beraya bersama suamiku…ntahlah,aku tak boleh menyatakan perasaanku…..begitu subjektif sekali…seronok beraya ngan suami tapi dalam masa yang sama sedih bila tengok kat webcam semua ahli keluargaku berkumpul kat JB….sayangnya hanya aku ngan suamiku jer yang tak der…kalau tak,mmg cukup lengkaplah ahli keluarga ku hari tu…yang paling tak tahan bila tengok dorang bergambar ramai2….pehh….syahdu rasa hatiku nih…aku cerita perasaanku pada suamiku…suamiku macam biasalah,dengan muka tenang….sabarlah yer ucapnya padaku...Tahun depan InsyaAllah…kita balik raya kat Malaysia…

Tahun nih kat Qatar puasa hanya 29 hari jer…bila dah kerajaan Arab Saudi cakap raya, so Qatar pun join sekali…pagi raya aku call mak mentua ngan family aku…sajer nak inform dorang yang aku dah beraya hari nih…tapi aku simpan perasaan nak mintak maaf dan beraya ngan family…sebab doarang masih lagi berpuasa…tahun nih aku adalah buat skit kueh, masak lemang segera, rendang, ketupat & macam2 lagilah dengan housemateku “kak jue”…kira malam raya aku tidur 2 jam jer…suamiku ngan member dia pulak keluar…cari bahan utk masak2……

Juadah di pagi raya

PAGI RAYA…..

Pagi raya aku ngan suamiku serta ahli rumah bersiap nak pergi sembahyang raya…kata suamiku..tahun lepas dia dah terlepas nak sembahyang raya…tahun nih sempatlah…kol 5 masing2 dah siap,tgu driver je….driver spai jam5.30pg…sempat jugak aku snap gambar ngan suamiku yang menjadi lelaki melayu terakhir hari tu….siap bersamping lagi…tu pun sebab aku yang paksa dia pakai..kalau ikut suamiku,….hmpppp…dia kata malu nak pakai…nanti semua orang pandang…macam makluk asing pulak……hahahahaah….aku…dengan sikap keras kepala..terus paksa…akhirnya…dia turutkan jugak…agaknya tak tahan ngan pujukan aku kot…hehehehe….member suamiku…abg usop,anak2 n atan mengayakan jubah arab hari tu,….aku rasa tu yang suamiku malu tu….dah dia sorang pakai baju melayu…orang lain pulak pakai jubah mmglah dia segankan!!!!!…huhuhuhuhuhu…

bersama Housmate

gambar di pagi raya

DRIVER DATANG…….

Driver suamiku datang dalam kol 5.30pg,…so kitaorang gerak naik van hari tu…kalau naik kereta mmg tak muat…so suruh dia bawak van…on the way gi tempat sembahyang…aku sempat shot video untuk dikongsikan bersama…kalau sudi…bleh layan video kat bawah…Nama tempat aku duduk nih..AL-KHOR…dorang sembahyang raya kat tempat special…tak sembahyang kat masjid…kawasan khas tu, kawasan luas dan berpagar..(compound)…nak jadikan cerita…sampai jer tempat orang sembahyang…tengok2 iman dah baca khutbah…kalau sembahyang jumaat sempat lagilah kalau iman baca khutbah…nih sembahyang raya…kalau iman dah baca khutbah..maknanye sembahyang raya dah selesailah ekkk….so dengan kata mudah…walaupun keluar awal…still tak sempat sembahyang raya…bagi suamiku…dah 2 kali dah terlepas solat sunat hari raya…so apa lagi…kitaorang balik n tidur…penat berjaga semalam x habis…sebelum tidur tu…sempat lagi aku beraya ngan semua housemate aku…huhuhuhuh….

Video perjalanan utuk pergi sembahyang raya

PETANG RAYA….

Dek kerana terlalu boring tak der activity hari raya nih…housmate aku.."kak jue" suggest keluar gi shopping complex “Villagio”. Kitaorang pergi dengan dua kereta..aku tak beli apa pun…sebab sebelum raya dah banyak shopping…so hari nih window shopping jerlah…suami aku pulak dari hari tu lagi mengidam nak beli cermin mata….tapi malu2 nak beli…bila member dia nak beli,….barulah dia rasa nak beli…tengok2 dia jer yang beli…member dia pulak x beli sebab cermin mata tu x der stok…aku sempat sambar selendang pashmir…sajer jer..buat kenang-kenangan…hehehehe….

at villagio Shopping complex


HARI RAYA KE-2.….

Hari raya kedua…activity aku kat depan laptop jer…siap pakai baju raya lagi…sbb nak sama2 mood beraya ngan orang malaysia….berjam2 jugaklah aku kat depan laptop…sajer tengok activity dorang…adik aku sajer x tutup web cam… so aku boleh nampaklah dorang buat apa hari tu.....nasib baik ada internet....so kehadiran aku kat umah tu hanya dalam computer…aku sempatlah mohon maaf ngan ayanda dan bonda…menitis jugaklah air mata nih…puas aku tahan…dalam diam kuar jugak air mata…sadis betul aku rasa….

Gambar family kat JB

HARI RAYA KE-3….

Hari nih ada tetamu nak datang… at least ada jugak orang nak datang beraya…tetamu tu adalah En.Harith and family…dia nih kira orang berpangkatlah kat company suami aku kerja…lead engineerlah katakan dan dia jugaklah yang bawak suami aku and the gang join company dia….aku ngan kak jue masak ala kadar jerlah…menu..nasi ayam,,ketupat, rendang, kek….malam tu…nasi ayam paling laris…habis licin…nasi ayam perak katakan hasil air tangan kak jue…aku tukang buat sambal n desert jer…hehehehe,…sebelum dorang balik…sempatlah snap gambar ramai2 buat kenangan…maybe minggu depan kitaorang akan buat lawatan balas…InsyaAllah….

Juadah hari raya ke-3

Kenangan with En Harith Family

1 comment:

Anonymous said...

wahhh..dah citer pasal raya nih...!!!! tp sadis...sadis...sadis...kan..??? sian kita yek...???