Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.
Hari - hari terakhir kat bali nih kitaorang pergi jalan2 kat Bali Bird Park, Bali Safari Marine Park...kitaorang bertolak Balik Ke Malaysia ke esokkan harinya jam 6.00 pagi. Special Thanks untuk tour guide kami Pak Nyoman dan Pak Ardana dari Balistarindo Agency. Kalau sapa2 nak pergi Bali boleh contact diaorang kat info@balistarindo.com . Layanan diaorang baik sekali dong....
Lama jugak nak habiskan project blog bali...AL maklum jerlah......aktiviti kat Malaysia padat sangat...hari keempat kitaorang pergi melawat Garuda Wisnu Kencana, Obyek Wisata Uluwatu, Pantai Dreamland, melawat Monumen Ground Zero And Mandi manda kat Pantai Kuta.
Hari ketiga kitaorang kat bali...pagi2 sebelum subuh lagi kitaorang dah kuar...nak layan sunrise..kitaorang layan sunrise nih kat satu tempat yang di panggil Sanur. Then tengahari kitorang gi melawat Pantai Tanjung Benoa. Kat situ kitoarang sewa sebuah bot untuk ke Turtle Island iaitu tempat perternakan Penyu. Then lepas balik dari Turtle Island kitaorang pergi makan tengahari kat Ayam Bakar Wong Solo, lokasi restoran ini adalah di Pusat Bandar iaitu Denpasar. Lepas makan Tengahari kitaorang pergi melawat Butik Joger, kat Butik nih ada banyak barang yang menarik yang dijual dengan harga yang menarik jugak...heheheh... sebelah petang pulak kitaorang layan persembahan kebudayan sekali lagi kat Pusat Kebudayaan Bali. Hari ketiga nih jugak kitaorang tukar hotel. Hotel baru yang kitaorang menginap pada malam ketiga ialah Hotel Dayu Beach resort. Kira Ok jugaklah hotel nih dan mmg sesuai bagi orang yang inginkan kesunyian dan kedamaian. Korang Layanlah Picas di bawah nih kalau sudi.....
Pehhh.....minggu lepas aku mmg busy giler....sampai tak der masa langsung nak ngedate blog..maklum jerlah...cuti2 malaysia...minggu lepas aku balik JB kejap..skrg nih ada kat terengganu balik..anyway kita sambung balik cerita pasal percutian di bali...hari kedua (19-2-2009) pagi2 lagi lepas sarapan pagi kitaorang pergi layan persembahan kebudayaan tarian barong, then kitaorang pergi melawat Obyek wisata Gua Gajah , Menyaksikan panorama Gunung dan Danau Batur di Kintamani. kitaorang makan tengahhari di Sebuah restoran muslim di Kintamani iaitu Restoran Suling Bali. Untuk pengetahuan menurut pemandu pelancong kami, Bapak Yoman, Kintamani membawa maksud "Makin Cinta Makin Berani". Selepas makan tengah hari kitaorang bergerak ke Pusat Agro bali. Pusat Agro nih menyediakan kopi Bali...then ke obyek Pura Tirta Empul di Tampaksiring, di belakang Obyek Pura Tirta Empul terletak Istana Presiden Suharto...Pada waktu malamnya kitaorang round pulak area Pantai Kuta naik kereta Kuda....korang layan Picas kat bawah..