Tanggal 9 Mac 2009, Aku and family mentua aku buat rancangan nak keluar picnic. Plan asal nak gi mandi air terjun kat Lata Tembakah, tapi malang sekali cuaca tak berapa baik sebab hujan x henti2 2-3 hari sebelum tu. So mak metua aku cakap tak usah pergi sebab takut air besar dan tak berapa selamat. Pagi 9 mac tu cuaca agak baik jugak walaupun sedikit mendung. So plan akhir ialah pergi berkelah kat Pantai Batu Buruk. Saja berehat sambil main air pantai. Yang bertambah meriah lagi hari tu ialah gambar kitaorang sekeluarga telah di snap oleh Skuad Sinar Harian.. Hubby aku pulak jadi jurucakap keluarga bila di tanya oleh wartawan Sinar Harian tu...so kalau sesapa ada beli Sinar Harian bertarikh 13 Hb March kat ruangan skuad sinar terengganu. Gambar kitaorang satu family di paparkan kat situ...anyway layan ajerlah Slideshow kat bawah nih......
Ah lan wasahlan.....
Sunday, 22 March 2009
Saturday, 21 March 2009
Bali - Finale
Hari - hari terakhir kat bali nih kitaorang pergi jalan2 kat Bali Bird Park, Bali Safari Marine Park...kitaorang bertolak Balik Ke Malaysia ke esokkan harinya jam 6.00 pagi. Special Thanks untuk tour guide kami Pak Nyoman dan Pak Ardana dari Balistarindo Agency. Kalau sapa2 nak pergi Bali boleh contact diaorang kat info@balistarindo.com . Layanan diaorang baik sekali dong....
Labels:
bali,
jalan-jalan
Bali - Episode 4
Lama jugak nak habiskan project blog bali...AL maklum jerlah......aktiviti kat Malaysia padat sangat...hari keempat kitaorang pergi melawat Garuda Wisnu Kencana, Obyek Wisata Uluwatu, Pantai Dreamland, melawat Monumen Ground Zero And Mandi manda kat Pantai Kuta.
Mandi Manda di Kuta Beach
Labels:
bali,
jalan-jalan
Sunday, 15 March 2009
Holiday In Bali - Episode 3
Hari ketiga kitaorang kat bali...pagi2 sebelum subuh lagi kitaorang dah kuar...nak layan sunrise..kitaorang layan sunrise nih kat satu tempat yang di panggil Sanur. Then tengahari kitorang gi melawat Pantai Tanjung Benoa. Kat situ kitoarang sewa sebuah bot untuk ke Turtle Island iaitu tempat perternakan Penyu. Then lepas balik dari Turtle Island kitaorang pergi makan tengahari kat Ayam Bakar Wong Solo, lokasi restoran ini adalah di Pusat Bandar iaitu Denpasar. Lepas makan Tengahari kitaorang pergi melawat Butik Joger, kat Butik nih ada banyak barang yang menarik yang dijual dengan harga yang menarik jugak...heheheh... sebelah petang pulak kitaorang layan persembahan kebudayan sekali lagi kat Pusat Kebudayaan Bali. Hari ketiga nih jugak kitaorang tukar hotel. Hotel baru yang kitaorang menginap pada malam ketiga ialah Hotel Dayu Beach resort. Kira Ok jugaklah hotel nih dan mmg sesuai bagi orang yang inginkan kesunyian dan kedamaian. Korang Layanlah Picas di bawah nih kalau sudi.....
Labels:
bali,
jalan-jalan
Friday, 13 March 2009
Holiday In Bali - Episode 2
Pehhh.....minggu lepas aku mmg busy giler....sampai tak der masa langsung nak ngedate blog..maklum jerlah...cuti2 malaysia...minggu lepas aku balik JB kejap..skrg nih ada kat terengganu balik..anyway kita sambung balik cerita pasal percutian di bali...hari kedua (19-2-2009) pagi2 lagi lepas sarapan pagi kitaorang pergi layan persembahan kebudayaan tarian barong, then kitaorang pergi melawat Obyek wisata Gua Gajah , Menyaksikan panorama Gunung dan Danau Batur di Kintamani. kitaorang makan tengahhari di Sebuah restoran muslim di Kintamani iaitu Restoran Suling Bali. Untuk pengetahuan menurut pemandu pelancong kami, Bapak Yoman, Kintamani membawa maksud "Makin Cinta Makin Berani". Selepas makan tengah hari kitaorang bergerak ke Pusat Agro bali. Pusat Agro nih menyediakan kopi Bali...then ke obyek Pura Tirta Empul di Tampaksiring, di belakang Obyek Pura Tirta Empul terletak Istana Presiden Suharto...Pada waktu malamnya kitaorang round pulak area Pantai Kuta naik kereta Kuda....korang layan Picas kat bawah..
Labels:
bali,
jalan-jalan
Subscribe to:
Posts (Atom)